Tuesday, 8 November 2011

Infografik : Dunia Tablet Yang Menggugat Pengeluaran Desktop Dan Komputer Riba


Salah satu perkara yang semakin popular hari demi hari adalah peranti berbentuk tablet, dimana sejak daripada iPad diperkenalkan, ia seperti telah memberi nafas baru kepada dunia tablet, dan hampir setiap bulan, terdapat sahaja tablet baru diperkenalkan oleh pengeluar peranti, samada menggunakan Android ataupun platform lain. Dan angka ini juga dijangka meningkat pada tahun hadapan, dengan pengenalan Windows 8 yang mesra skrin sentuh kelak.
Dan untuk memberikan gambaran awal untuk dunia tablet yang semakin meningkat naik, pihak Sortable telah pun menyediakan sebuah infografik menarik, memperlihatkan sejarah dan juga perbandingan dengan peranti lain pada masa sekarang ini.
Jadi, adakah kita boleh melabelkan tahun 2011 ini sebagai tahun tablet?
29 Komen
  1. alifamazari pada 08 Nov 2011
    Aku ingat dulu masa mula ipad diperkenalkan, semua mengutuk kata oversized iphone. Baik beli netbook install windows7/linux boleh buat macam-macam.
    Sekarang tengok apa jadi. Semua company nak keluarkan tablet masing2.
    • Kaio Dot My pada 08 Nov 2011
      yang mengutuk tu siapa??
    • sinach pada 08 Nov 2011
      customer kot yg mengutuk
  2. Omar pada 08 Nov 2011
    Aku tunggu Microsoft keluarkan OS tablet dia sendiri kot baru beli tablet.. Huhu~
    • -.-" pada 08 Nov 2011
      hujung tahun 2012 laaa
      huhuhu
      lama nyer~~~~
  3. Ismail pada 08 Nov 2011
    macam2 hal skang….terpulang :D
  4. AMR pada 08 Nov 2011
    em, perkembangan menarik dlm dunia gajet..
  5. myFirdaus pada 08 Nov 2011
    the world of tablet….
  6. Mr Satan pada 08 Nov 2011
    aku pernah pakai tablet tahun 2003-2004, untuk field work…
    time tu, ok dh, tapi boom terus tahun lepas, lepas ipad…hoho~
  7. Ekspresi Ruang pada 08 Nov 2011
    Samsung akan takeover Apple dlm masa terdekat sbg raja tablet.
    • Kaio Dot My pada 08 Nov 2011
      Tapi profit apple dalam lingkungan 40% kalau dibandingkan dengan pesaing2 lain dalam 20% je. Tapi tak mustahil samsung akan menguasai dunia tablet.
      lepas ni boleh la tengok org tampal sticker samsung kat belakang cermin kereta dari tambal sticker logo apple. :)
  8. zuan pada 08 Nov 2011
    tringin nak beli satu.. bila la nak ada sponsor ni? hehe
  9. Myvitrd pada 08 Nov 2011
    insyaallah ada rezeki boleh sebat satu ni..
  10. matjoe pada 08 Nov 2011
    mmg best guna tablet. boleh kata 90% yg pc capable.
  11. alyrds pada 08 Nov 2011
    harap adobe pun amik inisiatif!
  12. hakeem pada 08 Nov 2011
    the future is tablet…dgn ada nye cloud services…tak perlu dah pakai netbook ker notebook ker menda..semua ada dalam awan…kena ada internet connection jer which is not a big problem nowadays..
    aku pakai galaxy tab 10.1…klu lepak mapley tuh, ramai ler mata yg memandang…kekekeke
    • -.-" pada 08 Nov 2011
      internet x per,
      Malaysia jer msih masalah.
      Overprice, c(R)apping, coverage rendah
      entah laa, bila Malaysia nk maju cam negara jiran kita tuu~~~
      • Kaio Dot My pada 08 Nov 2011
        yang ni agak setuju. kalau nak harga murah kena lah ade lebih ramai pesaing dengan servis capaian internet yang lebih bagus dari segi coverage dan jugak perkhidmatan. kalau jadi camtu mungkin internet akan jadi lebih murah. tapi nak tunggu tu lambat lagi lah. kena tunggu internet meluar dulu sampai ke kawasan sub-urban.
  13. Mayang Abadi pada 08 Nov 2011
    sekarangnya trend, mudah, ringkas dan bergaya. tablet mmg terbaik..
  14. Syafiq Kamil pada 08 Nov 2011
    Dah jadi macam benda patut ada bagi kaki online ..
  15. Azam pada 08 Nov 2011
    kebetulan artikel akademik yang aku tulis discuss pasal end of pc era, and rise of smartphone and tablet
  16. azwan11 pada 08 Nov 2011
    wehuuuu
  17. riel pada 08 Nov 2011
    org2 kaya je beli ni….
  18. rompey pada 08 Nov 2011
    tak boleh boh
    aku tetap prefer pc
    what is more stable than that
    nak buat muat turun haram file 4-5 gb atau bluray
    tablet tak boleh buat
    • hakeem pada 08 Nov 2011
      ler..sapa bilang tablet tak leh…aku selamba jer donlod terranova ke dlm tablet aku…dh siap sampai enam episod g…kalu nak extra drive…cucuk jer usb adapter..abis citer…there’s nothing lappy can do that tablet cant do…kekekek
      • rompey pada 08 Nov 2011
        yeahhh
        tablet utk lite-user ok la
  19. Arrul pada 08 Nov 2011
    tablet utk d bwa kemana2 je…
    tp klu laptop,dekstop utk sesuai la utk krje2 yg bert..
  20. rompey pada 08 Nov 2011
    yeah,tablet utk simplicity and easy-going punya material
    kaki online layan facebook 24-7 boleh la pakai
    tapi, pc era tak boleh mati, pc not dead
    melainkan kalau tablet boleh dimanufacture jadi powering equip mcm pc
  21. entah pada 08 Nov 2011
    aq rasa komputer lagi mudah,sebab komputer lebih cepat bergerak,komputer boleh buat banyak bende dlam satu masa.komputer lebih jelas…tapi kalu dekat luar,tablet la lagi baik,mudah untuk bergerak berbanding laptop.lagi satu,tablet ade banyak applikasi yng menarik.sebenarnya,dua² terbaik,cuma kene tengok keadaan la.tablet untuk tempat yng kene bejalan.laptop untuk dlm rumah,kdai mamak,office.

Tinggalkan Komen Anda

No comments:

Post a Comment