Selain daripada Galaxy Note yang bakal dimulakan jualan bermula daripada hari Jumaat ini, ia kelihatan yang mana Samsung Malaysia juga telah mula menjual peranti Galaxy Tab 8.9 mereka di Malaysia pada harga RM1699. Namun amat mendukacitakan kerana ia kelihatan pihak Samsung tidak mempromosikannya secara meluas, dan ramai lagi yang tidak ketahui mengenainya.
Pada masa yang sama, pihak kami juga tidak ketahui samada adakah harga tersebut untuk versi WiFi ataupun 3G. Melalui Galaxy Tab 8.9, ia membawakan Android 3.1 Honeycomb, membawakan kamera hadapan 2.0 megapixel, kamera belakang 3.0 megapixel, skrin sentuh seluas 8.9-inci, dan didatangkan dalam variasi storan seluas 16GB dan 32GB.
No comments:
Post a Comment