TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011
|
Saturday, 12 November 2011
TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011
Thursday, 10 November 2011
Xbox Generasi Baru Akan Diperkenalkan Pada CES 2012?
Nampaknya, mungkin kita akan melihat Xbox generasi baru tidak lama lagi, apabila kini iadilaporkan yang mana Microsoft bakal memperkenalkan Xbox generasi baru mereka kepada umum pada acara CES 2012 yang bakal diadakan pada awal tahun hadapan.
Walaubagaimanapun, berkemungkinan besar, ianya mana Microsoft akan sekadar memperlihatkannya sahaja, dan mungkin para pengguna perlu menunggu untuk beberapa bulan sebelum ianya akan mula dijual. Berkemungkinan besar, Microsoft akan mula menjualnya pada penghujung tahun 2012 kelak.
Namun, beberapa perkara yang diketahui adalah dimana buat masa ini, ia menggunakan nama kod, TEN, dan akan turut sama menggunakan antaramuka serupa seperti produk Microsoft yang lain, iaitu antaramuka Metro. Peranti baru itu juga akan membawakan integrasi penuh bersama-sama dengan Windows OS dan juga Windows Phone.
Sama-sama kita nantikan lebih maklumat berkaitan dengan Xbox generasi baru ini tidak lama lagi.
Wednesday, 9 November 2011
Asus Melancarkan Zenbook Di Malaysia – Bermula Dari Serendah RM3299
Setelah Acer melancarkan laptop ultrabook mereka di Malaysia, kini Asus Malaysia bersama-sama dengan Intel turut sama melakukan perkara sama, dimana mereka telah pun melancarkan dua model untuk pasaran Malaysia, iaitu versi i5 dan juga i7, dimana kedua-duanya boleh didapati di Malaysia bermula hari ini.
Asus Malaysia menawarkan Zenbook UX21E yang menggunakan cip pemprosesan Intel i5 dengan storan sebanyak 128GB pada harga cuma RM3299, manakala model Zenbook UX31E dengan cip pemprosesan Intel i7 dengan storan sebanyak 256GB pada harga RM4499.
Melalui Zenbook, ia membawakan rekabentuk yang amat nipis, dan ringan, disamping membawakan daya tahan bateri yang lama, iaitu lebih daripada 5 jam, dan mampu bertahan sehingga 7 jam, selain mana membawakan sokongan memulakan sistem dalam masa kurang daripada 2 saat.
Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mendapatkannya daripada kedai-kedai dan penjual rasmi daripada Asus seluruh negara, disamping mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak ultrabook memasuki arena Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.
Perkhidmatan Gambar Twitter Kini Lebih Popular Daripada TwitPic Dan YFrog
Mungkin semua sedia maklum yang mana Twitter telah pun secara rasminya melancarkan perkhidmatan hos gambar mereka tersendiri dengan rakan kerjasama Photobucket beberapa bulan sebelum ini. Kini, ianya dilihat, perkhidmatan tersebut semakin meningkat naik popularitinya, dan telah pun melangkaui perkhidmatan popular lain seperti Twitpic dan juga YFrog.
Melalui data terkini yang dikeluarkan oleh pihak Skylines, ia memperlihatkan yang mana perkhidmatan rasmi daripada Twitter kini merangkumi lebih 36.1% gambar yang dikongsikan, dan diikuti oleh Twitpic pada 30.3%. Mungkin dalam beberapa bulan lagi, kita akan dapat melihat lebih ramai mula menggunakan perkhidmatan terbina Twitter bersama Photobucket ini lebih meluas lagi.
Buat masa ini, daripada apa yang kelihatan, ramai pengguna iOS yang aktif menggunakan perkhidmatan tersebut, dan diikuti oleh para pengguna web sendiri. Pengguna Android dan juga BlackBerry masih lagi kurang aktif menggunakan perkhidmatan ini buat masa ini.
Google Bakal Menyenarai-Hitamkan Laman Yang Penuh Dengan Iklan?
Sebagai syarikat carian terkemuka, Google semestinya akan mengutamakan para pengguna mereka yang mana mencari pelbagai jenis kandungan untuk dibaca dan diketahui. Dan untuk menjayakan perkara tersebut, kini ia dilaporkan yang mana Google akan mula menyenarai-hitam akan laman-laman yang penuh dengan iklan.
Melalui algoritma baru yang bakal diperkenalkan itu, ianya akan mengambil-tindakan terhadap laman-laman yang penuh dengan iklan, melangkaui daripada kandungan yang ditawarkan, sekaligus menjadikan para pembaca terganggu untuk mendapatkan kandungan yang dikehendaki mereka.
Nampaknya, akhir-akhir ini Google lebih mengutamakan kepada kandungan, dimana sebelum ini, mereka telah memperkenalkan algoritma yang dikenali sebagai Google Panda, yang mana menyenarai-hitam akan kandungan yang tidak asli, dan laman-laman yang dibangunkan dengan penggunaan tag secara salah. Mungkin kelak kita akan dapat lihat lebih banyak laman yang memfokuskan kepada kandungan melalui laman carian Google.
Motorola Defy+ Mula Dijual Jumaat Ini Pada Harga RM1099
Selain daripada Motorola Droid Razr semalam, Motorola Malaysia juga turut sama memperkenalkan lagi satu peranti baru mereka yang berasaskan Android untuk pasaran Malaysia, iaitu Motorola Defy+. Di Malaysia, peranti ini akan dijual pada harga RM1099 dan akan dijual bersama pada hari sama dengan Droid Razr kelak iaitu Jumaat ini, 11 November.
Sama seperti Droid Razr, ia juga turut sama menggunakan platform Android, atau lebih tepat lagi Android 2.3 Gingerbread, didatangkan bersama skrin seluas 3.7-inci, cip pemprosesan 1GHz, dan juga memori sebanyak 512MB RAM. Ia juga didatangkan dengan kamera belakang 5-megapixel untuk merakamkan gambar bersama-sama dengannya.
Asus Melancarkan Tablet Empat-Teras Pertama – Eee Pad Transformer Prime
Salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah tablet pertama menggunakan cip pemprosesan empat-teras daripada NVIDIA iaitu Tegra 3, dan akhirnya, hari ini Asus secara rasminya telah pun melancarkan Asus Eee Pad Transformer Prime yang pernah diperlihatkan sebelum ini. Ia dijangka akan mula dijual bermula daripada bulan Disember ini. Namun tarikh rasminya di Malaysia masih tidak diketahui lagi.
Melalui Tegra 3, ia menjanjikan prestasi lebih lima kali ganda berbanding Tegra 2, disamping tablet Asus Eee Pad Transformer Prime ini juga dikatakan membawakan jangka tahan bateri sehingga 12 jam, salah satu jangka tahan yang lama jikalau dilihat daripada cip pemprosesan yang digunakannya. Dan dengan papan kekunci yang didatangkan bersama, apabila ianya digabungkan, memberikan jangka tahan sehingga 18 jam menurut Asus.
Pada masa yang sama Eee Pad Transformer juga turut sama membawakan kamera 8-megapixel dan juga skrin sentuh seluas 10.1-inci. Walaubagaimanapun, ianya tidak akan dilancarkan bersama-sama dengan Ice Cream Sandwich, sebaliknya akan diperkenalkan kemaskini Android 4.0 itu sebaik sahaja perisian tersebut dilancarkan.
Google Mematikan Sokongan Untuk Aplikasi GMail Untuk BlackBerry
Nampaknya bukan sahaja dengan zaman BlackBerry yang popularitinya kian merudum dikalangan pengguna, tetapi pihak pembangun juga, dan bertambah menyedihkan lagi adalah dimana kini Google secara rasminya mengumumkan yang mana bermula daripada 22 November 2011 akan datang ini, mereka akan mematikan sokongan untuk aplikasi GMail pada BlackBerry.
Sokongan yang dimatikan adalah untuk aplikasi GMail yang dipasang, manakala sokongan emel terbina melalui BlackBerry terus akan disokong. Walaubagaimanapun, selepas tarikh tersebut, para pengguna akan terus dapat menggunakannya, tetapi tidak akan disokong oleh Google lagi, bermaksud tiada kemaskini sekuriti dan sebagainya akan dikeluarkan.
Melalui aplikasi GMail untuk Blackberry, salah satu fungsi yang amat menarik adalah sokongan carian emel GMail dengan mudah dan pantas, memudahkan anda melihat arkib emel dengan mudah. Dan berita ini semestinya akan menyedihkan ramai pengguna aplikasi tersebut pada platform BlackBerry.
Beberapa hari sebelum ini, GMail untuk iPhone telah diperkenalkan untuk iPhone, tetapi ditarik semula kerana mempunyai beberapa pepijat padanya.
Galaxy Tab 8.9 Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1699
Selain daripada Galaxy Note yang bakal dimulakan jualan bermula daripada hari Jumaat ini, ia kelihatan yang mana Samsung Malaysia juga telah mula menjual peranti Galaxy Tab 8.9 mereka di Malaysia pada harga RM1699. Namun amat mendukacitakan kerana ia kelihatan pihak Samsung tidak mempromosikannya secara meluas, dan ramai lagi yang tidak ketahui mengenainya.
Pada masa yang sama, pihak kami juga tidak ketahui samada adakah harga tersebut untuk versi WiFi ataupun 3G. Melalui Galaxy Tab 8.9, ia membawakan Android 3.1 Honeycomb, membawakan kamera hadapan 2.0 megapixel, kamera belakang 3.0 megapixel, skrin sentuh seluas 8.9-inci, dan didatangkan dalam variasi storan seluas 16GB dan 32GB.
Motorola razr
Motorola ialah syarikat telekomunikasi yang bertanggung jawab menghasilkan telefon selular komersial pertama dunia iaitu DynaTAC 8000X. Dari sebuah peranti yang hanya mampu membuat panggilan telefon pada tahun 1983, telefon selular kini sudah berevolusi menjadi peranti perlbagai fungsi yang memenuhi keperluan harian. Semalam pihak Motorola mempertontonkan Motorola RAZR, peranti Andorid 2.3.5 pertama mereka kepada umum. Motorola RAZR ialah kesinambungan kepada keluarga RAZR yang sudah terjual sebanyak 120 juta unit sejak pengenalannya pada tahun 2003. Jadi apakah spesifikasi Motorola RAZR terkini ini?
Dari segi spesifikasi ini menempatkan RAZR diatas Samsung Galaxy S2 dari segi resolusi skrin , kepadatan pixel skrin dan kapasiti bateri. Didalam ketegori yang lain RAZR adalah sama dengan SGS2. Diatas kertas RAZR ialah telefon Android paling berkuasa yang boleh anda miliki sekarang. Sungguhpun begitu posisi RAZR akan ditumbangkan oleh Galaxy Nexus apabila ia menemui pasaran beberapa minggu akan datang. Motorla RAZR unik dari telefon pintar yang lain didalam dua perkara. Pertama ianya telefon pintar ternipis dipasaran dengan ketebalan 7.1 mm. Keduanya ia menggunakan bahan Kevlar sebagai bahan binaan pelapik belakang. Disamping itu melalui perisian MotoCast, anda boleh mengakses fail yang disimpan didalam komputer peribadi anda dimana sahaja anda berada. Kami difahamkan Motocast mempunyai sokongan Windows dan Mac. Tiada sokongan untuk pengguna Linux buat masa ini.
ULASAN RINGKAS
PRO
Skrin Amold Advance yang diugunakan ialah skrin 4.3″ yang mempunyai kepadatan pixel per inci (ppi) tertinggi dikalangan telefon pintar Android dipasaran sekarang. Ianya berkepadatan 246 ppi berbanding 217 pada skrin Super Amoled Plus SGS2. Perisian Motocast memberikan anda kemampuan mengakses fail dari komputer diamana sahaja anda berada. Bagi pengguna yang kerap bekerja diluar dan mahukan akses kepada fail yang disimpan dipejabat Motocast ialah sebuah perisian yang anda mahukan. Motoroal meggunakan tagline “storan diawanan tanpa had” bagi menerangkan idea disebalik Motocast. Bateri 1780 mAh yang digunakan juga dapat memastikan telefon pintar ini mampu bertahan lebih lama dari saingannya dipasaran.Teknologi kalis air yang digunakan pada Motorola Defy juga digunakan pada RAZR. Anda tidak perlu risau jika peranti RAZR ini disimbah air (asalkan tidak tenggelam sepenuhnya).
KONTRA
Motocast memerlukan anda mempunyai kelajuan 3G dan keatas bagi memudahkan proses streaming video dan audio dari komputer ke telefon anda. Sepanjang demo semalam kami mendapati demo dilakukan dengan menggunakan WIFI sahaja dan bukan menggunakan sistem selular. Diatas kertas Motocast ialah idea yang menarik – kemampuan mengases fail di komputer dimana sahaja – namun secara realitinya di Malaysia ini kelajuan internet selular tidak merencatkan keupayaan Motocast. Antaramuka Motoblur juga bukanlah antaramuka tercantik untuk pengguna Android. Pada pendapat saya antaramuka stock Android atau Touchwiz kelihatan lebih menarik. Selain itu RAZR menggunakn sim mikro. Jika anda kurang gemar dengan sim mikro RAZR bukanlah telefon untuk anda. Terakhir sekali bateri RAZR tidak boleh ditanggalkan.
Dari segi spesifikasi ini menempatkan RAZR diatas Samsung Galaxy S2 dari segi resolusi skrin , kepadatan pixel skrin dan kapasiti bateri. Didalam ketegori yang lain RAZR adalah sama dengan SGS2. Diatas kertas RAZR ialah telefon Android paling berkuasa yang boleh anda miliki sekarang. Sungguhpun begitu posisi RAZR akan ditumbangkan oleh Galaxy Nexus apabila ia menemui pasaran beberapa minggu akan datang. Motorla RAZR unik dari telefon pintar yang lain didalam dua perkara. Pertama ianya telefon pintar ternipis dipasaran dengan ketebalan 7.1 mm. Keduanya ia menggunakan bahan Kevlar sebagai bahan binaan pelapik belakang. Disamping itu melalui perisian MotoCast, anda boleh mengakses fail yang disimpan didalam komputer peribadi anda dimana sahaja anda berada. Kami difahamkan Motocast mempunyai sokongan Windows dan Mac. Tiada sokongan untuk pengguna Linux buat masa ini.
ULASAN RINGKAS
PRO
Skrin Amold Advance yang diugunakan ialah skrin 4.3″ yang mempunyai kepadatan pixel per inci (ppi) tertinggi dikalangan telefon pintar Android dipasaran sekarang. Ianya berkepadatan 246 ppi berbanding 217 pada skrin Super Amoled Plus SGS2. Perisian Motocast memberikan anda kemampuan mengakses fail dari komputer diamana sahaja anda berada. Bagi pengguna yang kerap bekerja diluar dan mahukan akses kepada fail yang disimpan dipejabat Motocast ialah sebuah perisian yang anda mahukan. Motoroal meggunakan tagline “storan diawanan tanpa had” bagi menerangkan idea disebalik Motocast. Bateri 1780 mAh yang digunakan juga dapat memastikan telefon pintar ini mampu bertahan lebih lama dari saingannya dipasaran.Teknologi kalis air yang digunakan pada Motorola Defy juga digunakan pada RAZR. Anda tidak perlu risau jika peranti RAZR ini disimbah air (asalkan tidak tenggelam sepenuhnya).
KONTRA
Motocast memerlukan anda mempunyai kelajuan 3G dan keatas bagi memudahkan proses streaming video dan audio dari komputer ke telefon anda. Sepanjang demo semalam kami mendapati demo dilakukan dengan menggunakan WIFI sahaja dan bukan menggunakan sistem selular. Diatas kertas Motocast ialah idea yang menarik – kemampuan mengases fail di komputer dimana sahaja – namun secara realitinya di Malaysia ini kelajuan internet selular tidak merencatkan keupayaan Motocast. Antaramuka Motoblur juga bukanlah antaramuka tercantik untuk pengguna Android. Pada pendapat saya antaramuka stock Android atau Touchwiz kelihatan lebih menarik. Selain itu RAZR menggunakn sim mikro. Jika anda kurang gemar dengan sim mikro RAZR bukanlah telefon untuk anda. Terakhir sekali bateri RAZR tidak boleh ditanggalkan.
Tuesday, 8 November 2011
Mozilla Melancarkan Firefox 8 Untuk Windows, Linux, Mac Dan Juga Android
Walaupun telah boleh dimuat-turun beberapa hari sebelum ini, kini Mozilla secara rasminya telah pun melancarkan pelayar web terbaru mereka, Firefox 8 kepada para pengguna Windows, Mac dan juga Linux, membawakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya, dan salah satunya adalah sokogan Twitter yang diintegrasikan bersama-sama dengannya.
Pada masa yang sama, Firefox juga membawakan sokongan untuk hanya membuka tab mengikut permintaan ketika ianya dimulakan, sekaligus memudahkan anda membuka semula tetingkap Firefox dengan tab yang banyak sekiranya tertutup tanpa sengaja.
Selain daripada itu, kini anda perlu memberikan kebenaran pada pelayar web terlebih dahulu sebelum memasang plugin pihak ketiga. Perkara ini adalah salah satu usaha Firefox dalam memastikan pelayaran web para pengguna kekal selamat, dan mereka mempunyai kebebasan penuh untuk mengawal apa yang akan digunakan bersama pelayar web tersebut.
Bagi mereka yag berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 8 untuk Windows, Linux dan juga Mac, selain pada masa yang sama, turut mengemaskini aplikasi Firefox pada Android, yang mana membawakan sokongan Master Password untuk memudahkan anda menguruskan semua kata laluan dan nama pengguna padanya.
Apple Mengesahkan Tiada Perancangan Untuk Membawakan Siri Selain Daripada iPhone 4S
Seperti semua sedia maklum, Siri merupakan salah satu aplikasi baru yang menjadikan iPhone 4S serba eksklusif. Namun, beberapa ura-ura awal memperkatakan yang mana Apple akan membawakannya kepada iPhone 4 dan lain-lain. Namun kini secara rasminya Apple telah menidakkan perkara ini.
Menurut Apple, buat masa ini mereka tiada sebarang perancangan untuk memperkenalkan Siri pada peranti lain selain daripada iPhone 4S. Perkara ini bukanlah sesuatu kejutan, memandangkan ianya akan menjadi salah satu kekuatan untuk menjual peranti iPhone 4S kelak.
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa pembangun bebas yang membangunkan sokongan untuk membawakan aplikasi Siri pada peranti lain, termasuk pada iPhone 4 dan juga iPhone 3GS.
Galaxy Note Bakal Dilancarkan Bersama Oleh Digi Dan Celcom
Seperti semua sedia maklum, Malaysia akan menjadi yang terawal di Asia Tenggara yang akan menerima peranti Samsung Galaxy Note, dan menarikya, melalui acara yang diadakan di Jakarta hari ini, pihak Samsung mengumumkan yang mana mereka akan menawarkannya di Malaysia bukan sahaja secara berasingan, tetapi turut sama melalui syarikat telekomunikasi tempatan, iaitu Celcom dan Digi.
Harga peranti tersebut masih lagi tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Tetapi beberapa sumber awal mengatakan yang mana ianya akan berharga RM2299 di Malaysia. Mungkin kita akan dapat melihat Celcom dan DiGi mengumumkan pakej dan pelan mereka dalam masa beberapa hari lagi.
Samsung Galaxy Nexus Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Bersama-sama dengan pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note untuk rantau Asia Tenggara, Samsung juga turut sama mengumumkan mengenai Samsung Galaxy Nexus dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang dinantikan ramai. Namun begitu, tiada tarikh rasmi mengenai pelancarannya diumumkan pada acara yang menumpukan lebih kepada Galaxy Note ini.
Melalui Galaxy Nexus, ia lebih kepada menumpukan kepada perubahan yang dibawakan oleh Android Ice Cream Sandwich, pada peranti Samsung. Beberapa ura-ura awal memperkatakan yang mana berkemungkinan peranti ini akan dilancarkan di Malaysia sebelum penghujung tahun ini. Namun tiada sebarang pengesahan berkaitan dengannya, memandangkan pihak Samsung dilihat sedang menumpukan perhatian kepada promosi Samsung Galaxy Note yang akan mula dijual bemula daripada hari Jumaat ini.
Nokia Memperkenalkan Nokia Asha 200, 201, 300 Dan Juga 303
Seperti mana yang dinantikan, hari ini Nokia telah pun memperkenalkan beberapa peranti baru melalui acara Nokia World 2011 yang diadakan di London. Nokia memulakan acara mereka dengan memperkenalkan peranti keluarga Nokia Asha, dimana empat peranti Series 40 diperkenalkan dibawah nama keluarga Nokia Asha.
Peranti yang di perkenalkan dibawah nama Nokia Asha, adalah Nokia Asha 200, 201, 300 dan juga 303. Ke semua peranti ini ditujukan kepada negara membangun, selain membolehkan pengguna mengakses internet terus melalui peranti mereka.
Melalui Nokia Asha 200, ia lebih tertumpu kepada kebolehan sokongan SIM lebih daripada satu, membolehkan para pengguna mengubah kad-SIM dengan mudah dan pantas, serta membawakan sokongan bunyi yang kuat melaluinya. Selain daripada itu Nokia 201 membawakan fungsi yang lebih kurang sama, tetapi tidak menyokong diw-SIM padanya. Selain daripada itu, kedua-dua peranti ini membawakan sokongan papan kekunci QWERTY serta didatangkan bersama-sama dengan skrin sentuh padanya.
Nokia Asha 300 pula merupakan peranti Series 40 yang berkuasa tinggi, membawakan cip pemprosesan 1Ghz bersama-sama dengannya, sokongan bunyi kuat, dan skrin sentuh padanya. Nokia 303 pula membawakan fungsi lebih kurang sama, tetapi didatangkan bersama-sama dengan sokongan QWERTY padanya.
Kesemua peranti Nokia Asha ini didatangkan dengan pelayar web yang serba baru yang menjimatkan penggunaan data, serta pada masa yang sama, seperti peranti Series 40 yang lain, ia membawakan sokongan jangka masa bateri yang lama berbanding telefon lain.
Nokia Turut Sama Mengumumkan Nokia Lumia 710 Hari Ini
Selain daripada Nokia Lumia 800 yang merupakan peranti pertama Windows Phone diperkenalkan, hari ini, pada acara Nokia World, Nokia turut sama memperkenalkan peranti kedua Windows Phone mereka, dikenali sebagai Nokia Lumia 710, yang mana membawakan beberapa spesifikasi lebih kurang sama seperti Lumia 800.
Melalui Nokia Lumia 710, ia turut sama membawakan skrin sentuh bersaiz 3.7-inci, kamera belakang 5-megapixel, dan juga menggunakan cip pemprosesan 1.4GHz bersama-sama dengannya. Ia turut sama membawakan pelbagai aplikasi terbina Nokia untuk Windows Phone, termasuk Nokia Drive, Nokia Music dan banyak lagi.
Nokia Lumia 800 dan juga Nokia Lumia 710 disasarkan untuk tiba di Malaysia pada tahun hadapan, dengan negara jiran kita, Singapura dijangka akan menerimanya pada penghujung tahun ini.
(Video) Rakaman 3D Menggunakan LG Optimus 3D
Selain daripada Sharp Aquos 3D, peranti 3D yang lain di pasaran tempatan adalah termasuk HTC Evo 3D dan juga LG Optimus 3D. Peranti daripada HTC dan juga LG ini sudah pun lama memasuki arena Malaysia, namun, kami baru sahaja dapat mencubanya, dan perkara pertama yang kami uji adalah fungsi rakaman 3D padanya.
Melalui LG Optimus 3D, ia membawakan sokongan untuk merakamkan gambar dan video dalam pilihan samada dalam bentuk 2D ataupun 3D. Selain daripada itu, ia juga turut sama membolehkan para pengguna menonton video 3D dengan mudah terus melaluinya.
Namun, salah satu perkara dan masalah yang dihadapi adalah dimana mata kita cepat letih apabila menonton video dalam bentuk 3D. Selain daripada itu, untuk mendapatkan efek 3D yang baik, peranti LG Optimus 3D perlu diletakkan pada suatu jarak. Kami akan membawakan ulasan penuh peranti ini dalam masa beberapa hari lagi.
Bagi yang berminat mendapatkannya, LG Optimus 3D ini telah mula dijual di Malaysia sejak bulan September yang lepas pada harga RM2199.
Droid Razr Akan Mula Dijual Bermula Jumaat – Berharga RM1999
Akhirnya, seperti mana yang dinantikan, hari ini pihak Motorola Malaysia telah pun melancarkan peranti yang dinantikan ramai, iaitu Motorola Droid Razr di pasaran Malaysia. Peranti tersebut akan mula dijual bermula daripada hari Jumaat ini, iaitu 11 November 2011 pada harga RM1999. Tiada pakej dan pelan bersama syarikat telekomunikasi diumumkan buat masa ini.
Motorola Droid Razr ini telah diumumkan pada bulan lepas oleh pihak Motorola, sebelum pihak Brightstar Malaysia memulakan pra-pendaftaran pada penghujung bulan Oktober yang lepas.
Melaluinya, ia membawakan rekabentuk tahan lasak, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, skrin sentuh AMOLED seluas 4.3-inci, kamera 8-megapixel, dan juga menggunakan Android 2.3.5 bersama-sama dengannya. Kemaskini Android Ice Cream Sandwich juga akan diperkenalkan, namun tiada maklumat berkenaan bilakah ianya akan diperkenalkan.
Ulasan ringkas bersama-sama dengan gambar-gambar Motorola Droid Razr daripada acara tersebut akan dibawakan oleh Effi dalam artikel seterusnya.
Apple kemaskini
Apple telah pun memperkenalkan Mac OS X 10.7 pada tahun ini, yang mana dikenali dengan nama kod Lion. Menariknya, kini beberapa bulan selepas itu, ia dilaporkan yang mana Apple telah pun memulakan ujian untuk sistem operasi generasi akan datang mereka, iaitu Mac OS X 10.8.
Perkara ini dilaporkan oleh MacRumors berdasarkan kepada pelawat ke laman mereka yang dilihat, beberapa angka pelawat ke laman mereka datangnya daripada pengguna yang menggunakan OS X 10.8. Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh diperkatakan yang mana Apple masih lagi pada peringkat awal pembangunan sistem operasi generasi baru mereka itu.
Sebelum ini, untuk OS X 10.7, perkara sama juga turut sama dilihat, dimana aktiviti serupa dilihat setahun sebelum OS X Developer Preview diperlihatkan kepada umum, dan 20 bulan sebulan sebelum ianya dilancarkan.
Namun menariknya, kini apa yang menjadi teka-teki adalah apakah nama kod yang akan digunakan oleh Apple untuk sistem operasi generasi baru mereka itu kelak.
Perkara ini dilaporkan oleh MacRumors berdasarkan kepada pelawat ke laman mereka yang dilihat, beberapa angka pelawat ke laman mereka datangnya daripada pengguna yang menggunakan OS X 10.8. Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh diperkatakan yang mana Apple masih lagi pada peringkat awal pembangunan sistem operasi generasi baru mereka itu.
Sebelum ini, untuk OS X 10.7, perkara sama juga turut sama dilihat, dimana aktiviti serupa dilihat setahun sebelum OS X Developer Preview diperlihatkan kepada umum, dan 20 bulan sebulan sebelum ianya dilancarkan.
Namun menariknya, kini apa yang menjadi teka-teki adalah apakah nama kod yang akan digunakan oleh Apple untuk sistem operasi generasi baru mereka itu kelak.
Jualan Peranti Nokia 600 Dibatalkan – Tiada Sebab Pasti Diketahui Buat Masa Ini
Ingatkah lagi dengan peranti Nokia Symbian Belle yang pernah diumumkan sebelum ini, iaitu Nokia 600. Kini, ia disahkan yang mana Nokia tidak akan mengeluarkan peranti tersebut ke pasaran, dan sebab disebaliknya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Sebelum ini, Nokia 600 telah pun diumumkan untuk jualan pasaran Malaysia pada harga RM740, dan disasarkan untuk jualan pada suku tahun ke-empat ini.
Buat masa ini, sebab disebalik pembatalan peranti tersebut tidak diketahui lagi sepenuhnya. Namun apa yang dapat dilihat adalah dimana Nokia telah pun mula membuang dan memadamkan semua halaman web dengan maklumat peranti tersebut.
Pada masa yang sama, pada bulan lepas, Nokia telah pun melancarkan peranti baru mereka, Nokia 603, mungkin merupakan sebagai ganti kepada Nokia 600 yang dibatalkan jualannya kepada umum. Kami akan cuba mendapatkan maklumbalas pihak Nokia berkenaan dengan pembatalan ini.
Samsung Kini Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Dunia – Menewaskan Apple
Samsung kini secara rasminya telah melangkaui Apple sebagai pengeluar telefon pintar terbesar didunia, dmana pada suku tahun lepas, Samsung telah mengeluarkan lebih daripada 27.8 juta peranti pintar, sekaligus memegang lebih 23.8% daripada pegangan pasaran telefon pintar. Apple pada tempoh yang sama hanya mengeluarkan 17.1 juta telefon pintar.
Walaubagaimanapun, jikalau dilihat daripada pasaran telefon bimbit atau telefon mudah-alih secara amnya, ia masih dipegang oleh Nokia dengan lebih 27.3%, diikuti oleh Samsung ditempat kedua dengan 22.6% dan LG Electronics di tempat yang ketiga.
Baru-baru ini, Samsung turut sama telah mengumumkan Galaxy Nexus yang mana merupakan peranti pertama menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, selain mana turut memperkenalkan beberapa peranti baru di pasaran Malaysia, temasuk Galaxy W dan juga Galaxy Y.
Sony Ericsson Xperia Pro Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM1399
Setelah memperlihatkan Xperia Pro pada Mobile World Congress 2011 yang lepas, kini peranti tersebut boleh didapati di Malaysia pada harga RM1399, dan boleh didapati daripaa pengedar rasmi Sony Ericsson seluruh negara. Pada masa yang sama, bagi mereka yang membeli daripada beberapa pengedar terpilih, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan papan kekunci Logitech berharga RM139 secara percuma.
Melalui Xperia Pro, ia membawakan skrin seluas 3.7-inci bersama-sama dengan sokongan Sony Mobie Bravia Engine, kamera 8-megapixel bersama-sama Exmor R, kamera hadapan VGA, cip pemprosesan 1GHz, memori sebanyak 512MB dan menggunakan Android Gingerbread bersama-sama dengan antaramuka khas Android, serta didatangkan bersama-sama dengan papan kekunci QWERTY boleh luncur padanya.
Selain Xperia Pro yang telah dilancarkan ini, Sony Ericsson Malaysia juga dijangka akan melancarkan Neo V tidak lama lagi bagi pasaran Malaysia.
Pelancaran Motorola Razr Di Malaysia Pada 8 November Gajet Salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah Motorola Razr, dan kini Motorola Malaysia seperti telah bersedia untuk melancarkan peranti tersebut di Malaysia, dimana Motorola Malaysia mensasarkan untuk membuat acara pelancaran Motorola Razr pada minggu hadapan, iaitu 8 November, tarikh yang sama dengan pelancaran Galaxy Note di rantau Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui samada adakah ianya akan mula dijual pada tarikh tersebut. Namun, mungkin kita akan dapat lebih banyak maklumat tambahan, mungkin harga dan tarikh penjualannya akan diumumkan pada tarikh tersebut. Bagi yang berminat, mungkin anda boleh mendaftarkan minat anda untuk mendapatkan maklumat apabila ianya dilancarkan kelak. Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara tersebut kelak. Sama-sama kita nantikan pengumumannya pada minggu hadapan. 11 Komen imran pada 02 Nov 2011 wow dah sampai malaysia ea REPLY nur pada 02 Nov 2011 telefon motorola dah kembali. ingat dah tak nak alat telekomunikasi lagi. asyik buat walkie-talkie jer. REPLY Firdaus pada 03 Nov 2011 Ada banyak kot Phone Motorola.. Sebagai pengguna Motorala, ter-butthurt juga lah bila ada statement macam ni.. REPLY scromix pada 02 Nov 2011 ad lagi motorola..ingtkn da xda..haha REPLY john pada 02 Nov 2011 Wah, cepat gak razr masuk malaysia.. lg cepat dr IP4S yg memilih market.. haha! REPLY riel pada 02 Nov 2011 harga tak letak lagi tu….. REPLY lanzz pada 02 Nov 2011 agak2 berapa harga dia ?? REPLY Arrul pada 02 Nov 2011 wuhuuu! germ plak tgok Razr ni… T.T REPLY budakudm pada 02 Nov 2011 mungkin harga 2299…huhu…agak je REPLY Jibam pada 02 Nov 2011 Dulu aku hardcore motorola… REPLY sinach pada 03 Nov 2011 i’m looking fwd to this beast. aku yakin motorola akan bagi proper software upgrade compare ngan samsung. kalo samsung ximprove,mungkin ramai akan mula tgk brand2 lain mcm motorola ni REPLY Tinggalkan Komen Anda Nama (diperlukan) Emel (diperlukan) URL Laman Web Apa komen anda?
Salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah Motorola Razr, dan kini Motorola Malaysia seperti telah bersedia untuk melancarkan peranti tersebut di Malaysia, dimana Motorola Malaysia mensasarkan untuk membuat acara pelancaran Motorola Razr pada minggu hadapan, iaitu 8 November, tarikh yang sama dengan pelancaran Galaxy Note di rantau Asia Tenggara.
Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui samada adakah ianya akan mula dijual pada tarikh tersebut. Namun, mungkin kita akan dapat lebih banyak maklumat tambahan, mungkin harga dan tarikh penjualannya akan diumumkan pada tarikh tersebut. Bagi yang berminat, mungkin anda boleh mendaftarkan minat anda untuk mendapatkan maklumat apabila ianya dilancarkan kelak.
Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara tersebut kelak. Sama-sama kita nantikan pengumumannya pada minggu hadapan.
BlackBerry Bold 9790 Disasarkan Untuk Pelancaran Bulan November
Selain daripada gambar BlackBerry Curve generasi baru yang tersebar sebelum ini, kini gambar BlackBerry Bold generasi baru, iaitu Bold 9790 turut sama mula kelihatan, dan ia diperkatakan yang mana peranti ini bakal dilancarkan oleh Research In Motion pada bulan November ini, dan bakal menjadi peranti terakhir menggunakan BlackBerry OS 7 sebelum RIM beralih kepada QNX.
Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui adakah RIM akan beralih sepenuhnya kepada QNX, ataupun masih mengeluarkan peranti BlackBerry dengan sistem operasi generasi sekarang ini.
Buat masa ini, spesifikasi rasmi untuk BlackBerry Bold 9790 masih tidak diketahui sepenuhnya, tetapi diperkatakan akan membawakan skrin 2.45-inci. Walaubagaimanapun ia tidak pasti samada adakah ianya akan membawakan sokongan skrin sentuh ataupun tidak.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Research In Motion tidak lama lagi.
HTC Rezound Dengan Cip Pemprosesan Dwi-Teras 1.5GHz Dan Teknologi Beats Dilancarkan
Nampaknya, dengan tahun yang menghampiri kepada akhir tahun, semua pengeluar peranti mula mengeluarkan peranti baru mereka, dimana selepas Motorola, Nokia dan Samsung memperkenalkan peranti masing-masing, kini HTC turut sama melakukan perkara serupa, dengan mengumumkan mengenai HTC Rezound, yang mana turut sama membawakan teknologi audio Beats padanya.
Melalui HTC Rezound, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, RAM 1GB, menggunakan kamera belakang 8-megapixel, skrin sentuh seluas 4.3-inci, dan menggunakan Android 2.3 Gingerbread. HTC turut sama mengumumkan yang mana HTC Rezound akan menerima Ice Cream Sandwich pada awal tahun hadapan.
Buat masa ini, tarikh jualannya di Malaysia dan harga jualan tempatan masih lagi tidak diketahui lagi. Mungkinkah ianya akan dilancarkan bersama-sama Galaxy Nexus di Malaysia, sama seperti di luar negara?
Google Melancarkan Halaman Untuk Perniagaan Dan Jenama – Google+ Pages Google Salah satu fungsi yang dinantikan ramai pengguna adalah fungsi halaman khas untuk perniagaan dan jenama, dan menariknya, hari ini, Google melancarkan secara rasminya fungsi tersebut, dikenali sebagai Google+ Pages. Namun begitu, buat masa ini, fungsi ini masih diperingkat ujian lagi, dan masih belum boleh didaftarkan oleh semua perniagaan ataupun jenama, dan dijangka akan dibuka kepada umum tidak lama lagi. Sama seperti fungsi Facebook Pages, ia membolehkan sesuatu perniagaan atau jenama berkomunikasi dengan mudah melalui halaman mereka. Dan menariknya, memandangkan ianya turut sama didatangkan bersama-sama dengan sokongan Hangout, jenama dan perniagaan juga boleh mengadakan acara-acara menarik secara langsung bersama-sama dengan peminat dan pengguna mereka. Buat masa ini, Google+ bersama-sama dengan beberapa jenama dan perniagaan telah melancarkan fungsi Google+ Pages ini, dan pendaftaran untuk semua dijangka akan dibuka tidak lama lagi. Dengan fungsi seperti Hangout yang membolehkan interaksi menjadi lebih interaktif, mungkinkah kita akan melihat para jenama beralih ke Google+ Pages tidak lama lagi? 9 Komen Zulhilmi Zainudin pada 08 Nov 2011 Terbaik la Google+. Ini yang saya tunggu-tunggu! REPLY Kaio Dot My pada 08 Nov 2011 sampai skrg aku still tak paham sgt guna G+. =.= sedeyh. REPLY Omar pada 08 Nov 2011 Amanz.my pasni kena ada satu la G+ Pages.. Imagine: Satu hari nanti, agak-agak dlm iklan dekat TV tu.. tak mustahil keluar perkataan “cari kami di G+”… REPLY ariff pada 08 Nov 2011 apesal xleh lak? aku daftar ok je.. REPLY hafidz pada 08 Nov 2011 Kita tunggu dan lihat sama ada Google + dapat mendahului facebook atau sebaliknya~ REPLY matjoe pada 08 Nov 2011 aku dah try g+ fb twitter, semua ada strengh tersendiri. tp facebook advantage sbb kawan2 ramai kt situ. REPLY syafiq_lomotech pada 08 Nov 2011 aku harap g+ jangan melebihi FB buat selama2nya. sebab aku tak suka nak jumpa ‘login g+ untuk dapat RM 1 trillion dengan goyang kaki’ g+ ada kelas tersendiri. biarkan dia sendiri dengan peminatnya. btw, aku dah ada pages tapi macam biasa, aku tak tahu nak buat apa haha. REPLY Kaio Dot My pada 08 Nov 2011 ahhahaa. komen ni aku suka. nice lah! REPLY Arrul pada 08 Nov 2011 Facebook vs Google+ REPLY Tinggalkan Komen Anda Nama (diperlukan) Emel (diperlukan) URL Laman Web Apa komen anda?
Salah satu fungsi yang dinantikan ramai pengguna adalah fungsi halaman khas untuk perniagaan dan jenama, dan menariknya, hari ini, Google melancarkan secara rasminya fungsi tersebut, dikenali sebagai Google+ Pages. Namun begitu, buat masa ini, fungsi ini masih diperingkat ujian lagi, dan masih belum boleh didaftarkan oleh semua perniagaan ataupun jenama, dan dijangka akan dibuka kepada umum tidak lama lagi.
Sama seperti fungsi Facebook Pages, ia membolehkan sesuatu perniagaan atau jenama berkomunikasi dengan mudah melalui halaman mereka. Dan menariknya, memandangkan ianya turut sama didatangkan bersama-sama dengan sokongan Hangout, jenama dan perniagaan juga boleh mengadakan acara-acara menarik secara langsung bersama-sama dengan peminat dan pengguna mereka.
Buat masa ini, Google+ bersama-sama dengan beberapa jenama dan perniagaan telah melancarkan fungsi Google+ Pages ini, dan pendaftaran untuk semua dijangka akan dibuka tidak lama lagi.
Dengan fungsi seperti Hangout yang membolehkan interaksi menjadi lebih interaktif, mungkinkah kita akan melihat para jenama beralih ke Google+ Pages tidak lama lagi?
YouTube Akan Menyiarkan Ibadah Haji Langsung Dari Mekah
Seperti semua sedia maklum, pada penghujung minggu ini, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilAdha, dan pada masa yang sama mereka yang pergi melaksanakan Rukun Islam Ke-5 di Mekah, akan melakukan ibadah haji bersama-sama dengan 2.5 juta umat Islam yang lain disana. Dan menariknya, perkara tersebut akan turut sama ditayangkan secara langsung melalui saluran YouTube hasil kerjasama pihak kerajaan Arab Saudi dan juga Google.
Melaluinya kelak, para pengguna internet seluruh dunia boleh menyaksikannya dan pada masa yang sama berinteraksi dengan rakan-rakan mereka yang lain di seluruh dunia secara langsung melalui saluran YouTube rasmi untuknya.
Ini bukanlah kali pertama kerajaan Arab Saudi bekerjasama bersama-sama dengan pihak Google, dimana sebelum ini pada bulan Ramadhan, dimana mereka telah menyiarkan solat terawih langsung dari Mekah ke seluruh dunia.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh melanggan saluran rasmi YouTube untuk siaran tersebut, dan ikutinya secara langsung pada penghujung minggu ini.
Mozilla Dan Microsoft Menarik Kembali Kepercayaan Yang Dikeluarkan Oleh Semua Sijil Digicert
Mungkin ramai yang mengenali akan Digicert, iaitu salah satu badan di Malaysia yang manamengeluarkan sijil kepercayaan dan sekuriti untuk web-web perniagaan dan perkhidmatan. Namun, mungkin kini mereka perlu menstruktur pengeluaran sijil mereka, dimana kini Microsoft dan juga Mozilla menarik kembali kepercayaan mereka terdapat Digicert.
Ia diperkatakan yang mana Digicert telah pun mengeluarkan beberapa sijil dengan sekuriti yang rendah, menggunakan kunci RSA 512-bit dan beberapa extensions yang hilang pada sijil mereka.
Ia turut dilaporkan yang mana Entrust akan menarik kembali sijil CA daripada Digicert pada atau sebelum hari Selasa ini, dan masih lagi memberikan peluang kepada pihak Digicert Malaysia untuk mengubah kembali sijil SSL mereka.
Menurut Mozilla, seseorang pengodam atau penjenayah siber boleh menyalah-gunakan sijil yang lemah ini untuk meniru laman pemilik asal, sekaligus menipu para pengguna yang mempercayai sijil yang dikeluarkan oleh Digicert Malaysia.
Pihak Digicert Malaysia masih belum mengeluarkan komen rasmi mereka buat masa ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)